Saturday, 30 July 2016

Surah AlBaqarah (204~205)



Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 204:
Ringkasan tafsir;
Allah menjelaskan kepada Nabi Muhammad, bahawa jangan taksub dan tertarik kepada orang-orang munafik walau pun mereka itu dari kalangan puak-puak kamu yang bersumpah dihadapan Nabi sedangkan mereka itu adalah musuh ketat lagi jahat, dan seterusnya Allah menyambung dalam ayat berikutnya (2.2.205)
.

Juz:2,Surah:2.
Surah 2, Ayat 205:
Ringkasan tafsir;
Orang munafik dari kalangan ketua-ketua puak apabila bersama kamu dengan kata-kata manis dan lemah lembut, rupanya apabila meninggalkan kamu dari tempat duduk itu, maka rupanya dibelakang kamu mereka berusaha untuk membuat kebinasaan diatas muka bumi ini dan memutuskan tali silaturahim dikalangan mereka.
Oleh itu jika orang munafik yang diangkat menjadi ketua akan bertindak sewenang-wenangnya yang melibatkan mala petaka kepada kaum Muslimin, dengan perbuatan mereka menganiaya dan menzalimi orang Islam.

Allah tidak menyukai kebinasaan itu dari hasil maksiat  yang dilakukan oleh orang munafik diatas dunia ini. Kemudian Allah menyatakan paa ayat berikut (2.2.206).
.
.
.

[Previous] [Next]
.
Sumber,
Terjemahan Surah 2, Ayat  201~210,
 [GS] https://t.co/XtoMGv3u7G
Ulasan Surah 2;  
[GS]
https://t.co/0EUkXravGr  
Pautan,
[G+] https://plus.google.com/101386120714238261044/posts/Bfd7FqwHX2e







.


No comments:

Post a Comment