Sunday, 12 May 2019

Al-Imran Ayat 146


Juz:4,Surah:3.
Surah 3, Ayat 146:

Ringkasan tafsir;
Ayat ini menjelaskan bahawa para Nabi sebelumnya yang berperang disertai oleh Mukmin menganggap Nabi itu sebagai guru yang membawa petunjuk kepada mereka dan bukan untuk mengagung-agungkan Nabi untuk disembah. Mereka tidak takut sekiranya berlaku kecederaan luka parah terbunuh dalam peperangan walaupun yang terbunuh itu Nabi sendiri sebagai umpamanya. Mereka berperang kerana Alalh dan bukan kerana Nabi, sebab Nabi  itu hanya menyampaikan perintah dari Allah untuk membimbing umatnya. 
(lihat juga ayat 48, surah Al-Anam). (lihat ayat 4.3.14).

Kesimpulan dari ayat ini, bahawa umat Muhammad hendaklah mengikuti contoh sikap orang-orang terdahulu yang mempunyai kesabaran dalam menghadapi perjuangan dan tetap pendirian menentang musuh kerana mereka yakin bahawa Allah mengasihi orang-orang yang sabar.  Dalam kesabaran itu mereka berdoa seperti tersebut pada ayat dibawah (4.3.147) 

.
[Previous] [Next] [Home]

.
.
.
Rujukan Sumber, 
Juzuk4, Surah3
Terjemahan, 131~150,
[GS] https://sites.google.com/site/cyberespionagespy/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8